" Blog ini tidak hanya tertumpu kepada perihal beladiri sahaja "

Tauladan Melalui Kepimpinan.

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman Bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong-hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusuhan. Kemudian lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara. Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya. "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin". Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini". "Siapakah pemiliknya?" tanya Saidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya. "Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dari berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehingga sekarang telah pun tangkap." Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adakah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai khalifah?" Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakahyang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan." Sayidina usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menuggu cuaca agak redup. Namu Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku." Maka Khalifah Umar Al-Kattab pun meneruskan perjalanannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu. Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandanya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

"Marilah sama-sama kita merenung diri kita". Adakah kita melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Ahad, 10 Julai 2011

Meneruskan Apa Yang Ditinggalkan.......

Salammun Alaik,


Gambar Hiasan

Hampir sepurnama ruangan ini tidak diisi. Kesibukan dan masa yang terhad  menyebabkan tidak sempat untuk berceloteh diruangi ini. Banyak perkara yang sedang dan dalam percancangan untuk dibereskan dalam tempoh terdekat ini. Pertama kalinya diri ini ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan kehendakNya dapat jua sebuah gelanggang dibuka di Jabatan Kerja Raya kerjasama dengan Kementerian Kerja Raya. Seramai 30 orang ahli baru yang berdaftar. Syukur kepada Allah kerana berkat kesabaran dan bantuan dari Encik Hashim Bin Haji Mahmud selaku Setiausaha Majlis Bersama Jabatan JKR dan KKR dapat juga gelanggang terlaksana dibuka. Terima kasih juga kepada Yang Di-Pertua Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah selaku Presiden PSSGM Kebangsaan dan Serantau serta Setiausaha Agung Tuan Guru Suleh Bin Udin yang turut sama membantu didalam melaksanakan hasrat ini. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat dengan secara langsung dan tidak langsung. Segala usaha anda semua hanya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dapat membalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan