Pemimpin-Pemimpin Besar SILAT SENI GAYONG yang kita sayangi dan kasihi.
Syukur alhamdulillah kerana dengan kuasa Allah S.W.T dapat lagi kita bertemu didalam blog yang sungguh daif ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita mendapat syafaat beliau dihari akhirat kelat.
Muktakhir ini pelbagai isu dan komentar yang bergema didada-dada akhbar, blog-blog, facebook dan pelbagai-bagai lagi. Segala-galanya menceritakan tentang hala tuju perjuangan SILAT SENI GAYONG. Ada pelbagai cadangan, pandangan, kritikan, luahan yang ketengahkan. Dan kebanyakannya membulatkan hati untuk terus memperjuangankan GAYONG. Itu adalah hakikatnya!!!!! Tapi mungkin cara yang berbeza. Matlamat tetap sama iaitu ingin terus menjaga kesinambungan warisan bangsa.
Didalam perjuangan apakah matlamat kita semua. Apakah perkara yang dicari sebenarnya. Persoalan ini selalunya bermain disetiap hati anak-anak gayong. Ianya pasti akan terlintas semenjak kita diterima dengan secara sah sebagai anak gayong sehinggalah kesaat dan ketika ini. Yang pastinya perjuangan tetap diteruskan dengan tiada noktahnya.
bersambung........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan